OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR KAJANG, 4 JAN: Usaha meningkatkan kesedaran pemakaian pelitup muka dalam kalangan penjaja dan pengusaha restoran terus dipergiat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Yang Dipertuanya berkata notis pelaksanaan pemakaian pelitup muka sudah dikeluarkan sejak November...
SEPANG,4 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) memberi tempoh sebulan kepada penjaja dan pengusaha restoran mempraktikkan pemakaian pelitup muka semasa mengendali makanan.
SHAH ALAM, 2 JAN: Orang ramai diminta membuat aduan kepada pihak berkuasa atau wakil rakyat setempat sekiranya mengesan penjual makanan melanggar arahan pemakaian pelitup muka.
SHAH ALAM, 2 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada semua pengendali makanan yang menjalankan perniagaan berkuat kuasa semalam.
SHAH ALAM, 1 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan menjalankan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan penjaja dan pengusaha restoran memakai pelitup muka semasa pengendalian makanan.
SHAH ALAM, 29 DIS: Penggunaan pelitup muka yang diwajibkan kepada penjaja dan pengusaha restoran negeri ini mulai 1 Januari bagi meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.
SHAH ALAM, 23 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meningkatkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengusaha restoran dan penjaja bermula tahun depan.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Individu positif Covid-19 yang akan mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) wajib memakai pelitup muka, manakala pemakaian pelitup muka bagi pengundi lain adalah amat digalakkan.
KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang, berkuat kuasa serta-merta pada hari ini.
PUTRAJAYA, 15 SEPT: Pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mangsa banjir kini akan beroperasi pada kapasiti penuh manakala pemakaian pelitup muka ketika di PPS tidak diwajibkan sebaliknya digalakkan, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
BAGAN SERAI, 13 SEPT: Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
SHAH ALAM, 9 SEPT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih mewajibkan pemakaian pelitup muka di masjid dan surau selepas Putrajaya pengumumkan kelonggaran pemakaiannya.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan ruang tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta-merta.
SHAH ALAM, 4 SEPT: Ketetapan baharu berhubung pemakaian pelitup muka akan diumum selewat-lewatnya Rabu ini, kata menteri kesihatan.
KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Isu berhubung pemansuhan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup telah pun dibincangkan di peringkat dalaman di Kementerian Kesihatan (KKM) dan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa yang terdekat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
BANGKOK, 24 JUN: Kerajaan Thailand pada Khamis menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.
SHAH ALAM, 11 MEI: Tahap kesedaran warga Selangor terhadap bahaya Covid-19 masih tinggi walaupun kerajaan mengumumkan kelonggaran tatacara operasi piawai (SOP) sejak 1 Mei yang lalu.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Berkuat kuasa hari ini, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak diwajibkan tetapi adalah atas pilihan individu dan pemakaiannya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.
SHAH ALAM, 27 APRIL: Pemakaian pelitup muka diwajibkan apabila berada di dalam bangunan termasuk pusat membeli-belah dan pengangkutan awam serta e-panggilan, umum menteri kesihatan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.